Cubaan DIY seterusnya...handphone pouch. Beg kecil ni ada dua zip di kedua-dua bahagian. Depan atau belakang nampak sama sahaja. Boleh menjadi dwifungsi, sebelah bahagian letak handphone dan sebelah bahagian lagi boleh berfungsi sebagai beg duit. Dilengkapkan dengan tali pemegang dan ditambah dengan sedikit hiasan sebagai penyeri. ^-^
Bahan-bahan :
Kain jeans berukuran 18.5cm x 8.2cm ( 2 helai )
Kain jeans berukuran 18.5cm x 4.7cm ( 2 helai )
Kain cotton berukuran 18.5cm x 8.2cm ( 3 helai )
Kain cotton berukuran 18.5cm x 4.7cm ( 2 helai )
Kain jeans berukuran 18.5cm x 3cm ( 2 helai, untuk tali pemegang )
Zip meter berukuran panjang 18.5cm ( 2 pcs )
PVC Leather / kulit tiruan untuk hiasan.
Sediakan kain mengikut ukuran.
Kain cotton digunakan sebagai lapisan kedua dibahagian dalam.
Kain cotton digunakan sebagai lapisan kedua dibahagian dalam.
Jahitkan bersama :
Kain jeans 18.5cm x 8.2cm ( bawah )
Zip 18.5cm diterbalikkan ( tengah )
Dan kain cotton 18.5cm x 8.2cm ( atas )
Kain jeans 18.5cm x 8.2cm ( bawah )
Zip 18.5cm diterbalikkan ( tengah )
Dan kain cotton 18.5cm x 8.2cm ( atas )
Alihkan kain dan biarkan zip berada di luar.
Terbalikkan zip yang dijahit tadi. Dan jahitkan di bahagian yang seterusnya :
Kain jeans 18.5cm x 4.7cm ( bawah )
Zip ( tengah )
Kain cotton 18.5cm x 4.7cm ( atas )
Dah siap jahit zip. Bahagian luar akan kelihatan macam ni.
Dan bahagian untuk dalam beg akan kelihatan macam ni.
Ulangkan langkah jahitan yang sama untuk saiz kain yang sama.
Hasilnya..akan dapat 2 bahagian yang sama seperti dalam gambar di atas.
Tambahan :
Sediakan sehelai kain cotton bersaiz 18.5cm x 8.2cm, sebagai pembahagi di bahagian tengah beg.
Hasilnya..akan dapat 2 bahagian yang sama seperti dalam gambar di atas.
Tambahan :
Sediakan sehelai kain cotton bersaiz 18.5cm x 8.2cm, sebagai pembahagi di bahagian tengah beg.
Untuk hiasan, lakarkan apa sahaja bentuk hiasan yang anda suka ye...
Hiasan beg ni dibuat dengan menggunakan pvc leather atau kulit tiruan sahaja.
Mudah di lakar dan di potong.
Sudah siap...hasil potongan ringkas untuk hiasan
Selain menggunakan gam, kalau nak hiasan tu tahan lama...bolehlah jahitkan hiasan tersebut dengan jahitan tangan sebagai kemasan.
Contoh jahitan untuk hiasan.
Dah siap jahit hiasan? Pastikan kepala zip dimasukkan pada setiap zip.
Sediakan 2 helai kain jeans berukuran 18.5cm x 3cm
Jahitkan kain tersebut untuk dijadikan tali pemegang seperti dalam gambar di atas.
Pastikan betul-betul kedudukan tali tersebut berada di bahagian tengah.
Jahitkan kedua-dua penghujung tali.
Siap untuk bahagian PERTAMA.
Ambil pula bahagian yang KEDUA, letakkan di atas bahagian PERTAMA secara terbalik.
Seperti ini.
Kemudian, letakkan sehelai kain cotton 18.5cm x 8.2cm di atasnya.
Hasilnya seperti ini.
Pinkan bersama ketiga-tiga bahagian tersebut dengan menggunakan jarum.
Jahitkan sekeliling beg.
Jahitkan juga kelim tepi sebagai kemasan.
Bukakan zip dan terbalikkan.
Tadaa....dah pun siap. ^-^
Selamat Mencuba.... ^-^
No comments:
Post a Comment