Tuesday, April 5, 2016

DIY HP Pouch

Assalamualaikum.. ^-^
Cubaan DIY seterusnya...handphone pouch. Beg kecil ni ada dua zip di kedua-dua bahagian. Depan atau belakang nampak sama sahaja. Boleh menjadi dwifungsi, sebelah bahagian letak handphone dan sebelah bahagian lagi boleh berfungsi sebagai beg duit. Dilengkapkan dengan tali pemegang dan ditambah dengan sedikit hiasan sebagai penyeri. ^-^




Bahan-bahan :
Kain jeans berukuran 18.5cm x 8.2cm ( 2 helai )
Kain jeans berukuran 18.5cm x 4.7cm ( 2 helai )
Kain cotton berukuran 18.5cm x 8.2cm ( 3 helai )
Kain cotton berukuran 18.5cm x 4.7cm ( 2 helai )
Kain jeans berukuran 18.5cm x 3cm ( 2 helai, untuk tali pemegang )
Zip meter berukuran panjang 18.5cm ( 2 pcs )
PVC Leather / kulit tiruan untuk hiasan.



Sediakan kain mengikut ukuran.
Kain cotton digunakan sebagai lapisan kedua dibahagian dalam.



Jahitkan bersama :
Kain jeans 18.5cm x 8.2cm ( bawah )
Zip 18.5cm diterbalikkan ( tengah )
Dan kain cotton 18.5cm x 8.2cm ( atas )



Alihkan kain dan biarkan zip berada di luar.



Terbalikkan zip yang dijahit tadi. Dan jahitkan di bahagian yang seterusnya :
Kain jeans 18.5cm x 4.7cm ( bawah )
Zip ( tengah )
Kain cotton 18.5cm x 4.7cm ( atas )



Dah siap jahit zip. Bahagian luar akan kelihatan macam ni.



Dan bahagian untuk dalam beg akan kelihatan macam ni.



Ulangkan langkah jahitan yang sama untuk saiz kain yang sama.
Hasilnya..akan dapat 2 bahagian yang sama seperti dalam gambar di atas.
Tambahan :
Sediakan sehelai kain cotton bersaiz 18.5cm x 8.2cm, sebagai pembahagi di bahagian tengah beg.



Untuk hiasan, lakarkan  apa sahaja bentuk hiasan yang anda suka ye...



Hiasan beg ni dibuat dengan menggunakan pvc leather atau kulit tiruan sahaja.
Mudah di lakar dan di potong.



Sudah siap...hasil potongan ringkas untuk hiasan



Selain menggunakan gam, kalau nak hiasan tu tahan lama...bolehlah jahitkan hiasan tersebut dengan jahitan tangan sebagai kemasan.



Contoh jahitan untuk hiasan.



Dah siap jahit hiasan? Pastikan kepala zip dimasukkan pada setiap zip.



Sediakan 2 helai kain jeans berukuran 18.5cm x 3cm



Jahitkan kain tersebut untuk dijadikan tali pemegang seperti dalam gambar di atas.



Pastikan betul-betul kedudukan tali tersebut berada di bahagian tengah.



Jahitkan kedua-dua penghujung tali.



Siap untuk bahagian PERTAMA.



Ambil pula bahagian yang KEDUA, letakkan di atas bahagian PERTAMA secara terbalik.



Seperti ini.



Kemudian, letakkan sehelai kain cotton 18.5cm x 8.2cm di atasnya.



Hasilnya seperti ini.



Pinkan bersama ketiga-tiga bahagian tersebut dengan menggunakan jarum.



Jahitkan sekeliling beg.



Jahitkan juga kelim tepi sebagai kemasan.







Bukakan zip dan terbalikkan.



Tadaa....dah pun siap. ^-^






Selamat Mencuba.... ^-^





Wednesday, March 9, 2016

DIY Pencil Case

Assalamualaikum... ^-^
Mencari bekas pensel yang sesuai atau yang baru? Boleh je buat sendiri. Mudah dan ringkas sahaja.
Meh cuci-cuci mata tengok tutorial ni. Biasanya rekabentuk bekas pensel ni hanya menggunakan selapis kain sahaja...tapi untuk tutorial ni, dua lapis kain digunakan untuk mendapatkan kemasan di bahagian dalam bekas pensel. Corak kain boleh ikut pilihan sendiri. Untuk kain lapisan luar, dapatkan kain yang sesuai untuk bekas pensel. Sebab..bila dah siap nanti mudah nak bentukkan ia seperti model dalam gambar. Hehe...

BAHAN-BAHAN :
Kain lapisan luar (jenis keras sikit) 12 x 11 inci
Kain lapisan dalam (cotton biasa) 12 x 11 inci
Zip meter 12 inci





Sediakan 2 helai kain berukuran 12 x 11 inci



Dan sediakan zip meter berukuran 12 inci panjang



Letakkan zip secara terbalik ke atas kain (bahagian bercorak).
Pastikan zip diletak selari dengan bahagian kain yang berukuran 12 inci.



Untuk mudahkan proses menjahit nanti, keluarkan kepala zip terlebih dahulu.
Pinkan zip pada kain tersebut menggunakan jarum.



Letakkan kain lapisan kedua di bahagian atas zip tadi.
Pinkan bersama.



Dari tepi, lapisan kain tadi akan kelihatan macam ni..



Jahitkan dengan menggunakan tapak zip.



Contoh selepas dijahit.



Alihkan kain dan pastikan zip berada di bahagian atas.



Biarkan kain lapisan luar (biru gelap) berada di bahagian depan.



Ambil penghujung kain biru gelap yang di bawah dan letakkan selari dengan zip di atas .



Pinkan kain bersama zip.



Kain yang telah dipinkan dengan jarum akan kelihatan macam ni.
Alihkan pula kain ke bahagian belakang.



Untuk kain ni, ulangkan langkah yang sama macam tadi.
Ambil dan letakkan penghujung kain selari dengan zip di bahagian atas.



Pinkan ia bersama.



Bahagian tepi akan kelihatan macam ni..



Jahitkan di bahagian garisan merah seperti di dalam gambar.



Seperti proses jahitan tadi, gunakan tapak zip.



Selepas siap jahit, lihat pada bahagian tepi...nampak zip kan?



Pisahkan zip tu sampai habis ke penghujung.



Terbalikkan kain.


Alihkan zip ke bahagian tepi.



Pastikan lapisan kain biru gelap berada di bahagian depan.


Gosokkan bahagian tepi kain yang berzip dengan seterika.



Kemudian...jahitkan kedua-dua tepi zip dengan kemas.



Siap jahit, alihkan pula ke bahagian belakang.



Letakkan kedua-dua tepi zip ke bahagian tengah.



Macam ni ye...



Masukkan semula kepala zip yang dikeluarkan awal-awal tadi.



Mungkin semua dah tahu cara nak masukkan kepala zip...ye tak?
Kalau dah tahu...boleh la abaikan saja bahagian ni.
Bagi yang nak tahu, ikut je step by step macam dalam gambar ye...



Check kedudukan kepala zip dulu...kalau terbalik tak masuk la nanti.
Masuk zip kanan, masuk zip kiri.
Pastikan zip yang masuk tu betul-betul sama paras ye...


Kemudian, tarik zip perlahan-lahan ke bawah.
Kalau zip nampak tak seimbang, ulangkan langkah yang sama sampai boleh.
Chaiyok...!! ^-^



Tarik zip sampai habis dan biarkan kepala zip terkeluar semula.
Hairan?? Dah masuk disuruh keluarkan balik..?? hehe..
Ye betul...untuk memudahkan kerja seterusnya, ulangkan semula masuk zip macam tadi ye.
Langkah ni untuk pastikan zip tertutup sepenuhnya...bukan separuh macam dalam gambar diatas tu.



Pisahkan sikit zip di bahagian hujung.



Masukkan macam zip tadi.



Tarik dan biarkan kepala zip diam di tengah-tengah.
Nampak tak..? zip dah tertutup sepenuhnya.



Selesai cerita tentang kepala zip.
Seterusnya, terbalikkan kain ke bahagian dalam.



Pastikan zip betul-betul ada di bahagian tengah.
Kemudian..pinkan jarum di bahagian penghujung kiri dan kanan kain.



Alihkan kedudukan zip ke bahagian tepi.



Jarum yang dipinkan tadi akan bertemu di tengah.



Pastikan salah satu jarum yang betul-betul ada di tengah.
Biarkan tinggal satu pin sebagai penanda utama.



Apitkan kedua-dua bahagian penghujung kain seperti dalam gambar.



Pastikan kedudukan kedua-dua lipatan sama paras.



Pin dan jahitkan di kedua-dua bahagian hujung, mengikut garisan merah seperti di dalam gambar.



Dah pun siap dijahit...
Kalau boleh, jahit kelim bahagian tepi kain sekali supaya kain tak berbulu nanti.



Kemudian, bukakan zip dan terbalikkan.



Tadaa....dah pun siap..






Dah dapat?? Selamat mencuba..!!
Harap maaf ye..kalau tutorial ni tak berapa jelas. Saya pun budak baru belajar. ^-^