Thursday, January 21, 2016

DIY Jam Tangan (DIY watchbands)

Assalamualaikum.. ^-^
Anda terasa nak beli jam tangan baru, tapi masih sayang dengan jam tangan yang lama? Jam yang lama masih elok...cuma tali jam dah koyak atau 'patah'..dan lain-lain. Biasanya jam tangan jenis tali biasa atau kulit. Walaupun harga tak semahal mana, yang penting adalah peranan jam sebagai penunjuk masa. Masa itu emas...ye tak? Jom tukar tali jam baru...tak perlu beli yang baru, boleh buat sendiri...lagi jimat. Sesekali kita perlu menguji kreativiti diri...mana tahu kalau ada bakat tersimpan? Haha...anda pun boleh cuba buat sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Jam tangan lama
Kulit tiruan / PVC leather
Pen dan pensel
Gunting
Gam UHU
Benang kait
Jarum menjahit
Punch hole

Jam yang asal, tali kain jeans campur kulit biasa, dah terkeluar benang.


 Bahagian yang dah patah, sikit lagi nak putus.


 Keluarkan tali yang asal atau guntingkan tali di bahagian hujung penyambung jam.
Kemudian tekap atau lukiskan semula mengikut tali yang asal, di atas PERMUKAAN BELAKANG, kulit PVC. Bukan depan ye...comot nanti.
Lukislah dengan cermat...kalau tak nak tali jam jadi senget. Guna pen pun boleh.


 Ini hasilnya selepas ditekap mengikut tali asal. Jangan lupa, lukis sambungan tambahan untuk tali cangkuk jam di sebelah kanan tu. (Scroll gambar diatas untuk contoh) Khas untuk letakkan cangkuk jam sahaja. Rujuk atau tiru semula tali jam yang asal sebagai panduan. Kalau tak mahu design seperti yang asal, anda boleh ubah mengikut kreativiti anda sendiri...asalkan menjadi.


 Lipat kulit PVC kepada dua lapis. Pastikan bahagian hujung lipatan tu tepat dengan garis lakaran tadi. Pinkan dengan jarum, dan gunting dengan cermat. Jangan potong bahagian hujung tu ye...biarkan bersambung. Jadi tali tu nanti akan jadi dua lapis.


 Ulang langkah yang sama pada tali seterusnya. Tetapi awas!...jangan gunting sampai habis. Gunting separuh saja. Scroll gambar di bawah untuk contoh.


 Gunting separuh ni saja dulu...jangan lebih.


 Kemudian, buka lipatan tadi menjadi selapis saja dan gunting di hujung elok-elok.


 Potong lurus.


 Seterusnya, barulah digunting habis bahagian yang hujung lakaran tadi. Juga dibiarkan selapis.



 Inilah hasil kulit PVC yang siap dipotong tadi. Bila dibuka lipatan, akan nampak macam ni.


Mulakan dengan tali bahagian cangkuk dulu. Lipatkan di hujung tali mengikut garis lakaran seperti dalam gambar. Guntingkan lubang kecil dibahagian tengah lipatan dengan berhati-hati, seperti dalam gambar diatas. Rujuk pada tali jam yang asal sebagai panduan.


Kemudian, masukkan tali pada jam. Pastikan kedudukan tali betul, mana bahagian atas dan bawah ye...kalau anda tak nak jam tu jadi terbalik bila nak pakai nanti.



Seterusnya, gamkan kedua lapisan setiap tali dengan menggunakan gam UHU. Jangan letak gam banyak sangat, nanti comot. Letak sekadar boleh melekat dengan kemas pun dah ok.



Ini adalah tali bahagian cangkuk yang dah siap digamkan. Sediakan cangkuk dan 2 tali bulatan kecil (pengikat) seperti dalam gambar. Nampak tak bahagian hujung tu ada selapis saja kan? Tujuannya adalah untuk meletakkan tali pengikat 'mati' di situ. Rajin-rajinlah rujuk pada tali yang asal untuk dapatkan cara yang betul untuk lengkapkan bahagian ni. Sebab ni adalah bahagian terpenting...kalau tak jadi, tak boleh nak pakai jam nanti. 


Tadaa...dah siap tiba2. Hehe....sebenarnya terlupa nak snap gambar. Jadi beginilah rupanya bila dah siap. Yang ni bahagian belakang. Lepas masukkan tali pengikat 'hidup', tali pengikat 'mati' dan cangkuk, gamkan sedikit dan tutupkan hujung lipatan tali dengan kemas.
Kemudian, jahit jelujur secara melintang di hujung tali seperti di dalam gambar.



Yang ni bahagian depan. Yang dimaksudkan dengan tali pengikat 'mati' dan tali pengikat 'hidup' tu adalah dua tali berbentuk bulat  yang biasanya ada pada tali jam. Itu adalah istilah yang direka sendiri, termasuklah 'cangkuk' jam. Harap maaf ye..kalau anda terkeliru dengan ayat 'bombastik' tersebut.



Dah siap bahagian terpenting? Teruskan dengan menandakan titik-titik panduan untuk menjahit di bahagian tepi kedua-dua tali tersebut. Gunakan pensel bermata halus. Tujuan penanda ni adalah untuk dapatkan jahitan yang kemas dan teratur. Jika anda sudah berkemahiran tinggi dalam kemasan jahitan, boleh teruskan dengan proses menjahit tanpa perlukan penanda.



Gunakan benang kait dan jahitkan dengan menggunakan jahitan jelujur. 
Jahit mengikut titik penanda tersebut.



Hasil selepas menjahit dengan jahitan jelujur.



Ini hanya jahitan tambahan. Tambahkan jahitan insang pari di bahagian tepi tali jam sebagai kemasan untuk menutup dua lapisan kulit PVC tersebut. Teknik menjahit, masukkan jarum di bahagian bawah dan tarik.



Tinggalkan sedikit ruang, masukkan jarum dan tarik.



Benang akan kelihatan seperti di dalam gambar.



Tarik perlahan-lahan sehingga jahitan terbentuk seperti didalam gambar. 
Pastikan jahitan ni tak terlalu ketat atau terlalu longgar. 



Dah pun siap...akhir sekali, tebuk lubang untuk cangkuk jam. 
Untuk hasil yang kemas, gunakan punch hole.





Dalam hati berkata : 'Haish...macam susah je...tak nak buat lah!'
Hehe...walaupun agak menguji kesabaran, tapi bila melihat hasil kerja tangan sendiri...anda pasti akan berpuas hati. Sabar itu indah.
Selamat mencuba..!!  ^-^